Friday, November 26, 2010

ragam...


Cerita saya kali nie pasal kawan-kawan. Dalam hidup nie, semua orang pernah merasai nikmat dan perit berteman ataupun berkawan....banyak orang banyak ragam, betul tak??? Dari mula mengenal zaman persekolahan saya mula mengenali apa itu teman......Kawan saya masa tadika , masih saya hubungi, masa cuti aidiladha hari tue kami bercerita sambil bergurau senda. Masa tue ya Allah nikmatnya mempunyai teman yang masih boleh bergurau senda walaupun sudah lama tidak bertemu.
Bila masuk bab ragam nie, banyak cerita yang boleh dikongsi.....sejak masuk UIA, ramai sangat insan yang bergelar teman yang telah saya temui. Namun perancangan manusia tak semua berjalan lancar seperti yang dirancang...masing-masing ada ragam yang tak dapat difahami. Bila ukhuwah yang dikatakan fillah itu diuji dengan ragam yang berbeza, mulalah kita melatah...tiada lagi yang dikatakan saya sayang awak kerana Allah.....sedihkan???
Mencari teman itu adalah satu perjalanaan yang agak rumit, ianya mengambil masa yang agak lama. Mengenali, memahami, dan sebagainya mengambil masa , jadi kita perlu ingat persahabatan yang baik sentiasa diuji...rasanya tiada persahabatan yang baik yang bermula dalam masa satu jam atau kurang...

Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatanini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia jugatelan menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama....
Persahabatan ini sudah tentu terisi dengan kasih sayang.......moga-moga ia berkekalan.....

No comments:

Post a Comment