Saturday, August 28, 2010

ukhuwah

Salam sejahtera untuk semua....
Dah lama tak post apa-apa kat blog....kebelakangan ini sibuk sangat...semester nie dah nak habis tapi kerja banyak sangat......dalam kesibukan harian, diri ini masih tidak terlepas daripada diuji. Macam-macam masalah. Itulah lumrah kehidupan. Entah kenapa kebelakangan ini persahabatan saya kerap kali diuji. Mungkin Allah nak ajar saya macam mana hidup berdikari. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya berselisih pendapat dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, sepanjang ujian ini hati saya masih boleh meletakkan kesalahan kepada diri sendiri. insyaAllah, saya sedang berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik. Tahu tak kenapa sahabat diperlukan dalam kehidupan ini? Pada pendapat saya sahabat diperlukan kerana:-
@ Kita hidup untuk saling ingat mengingati. Sahabat adalah insan terbaik yang mampu memperingatkan kita tentang apa yang kita lupa.
@ Sebagai teman berkongsi masalah.
@ Sebagai penasihat peribadi. Andaikan kalau kita ada masalah yang agak rumit pada siapa kita minta pendapat selain parents.
@ Teman di masa gembira. Mesti kita nak share kebahagian kita dengan kawan kita apabila berjauhan dengan family, betul tak?? Takkan nak share dgn org yg tak kenal.
@ Sahabat juga diperlukan untuk kita menjayakan sesuatu misi, contohnya kita nak berdakwah. Seorang diri kita mungkin tak kuat jadi shabat sebagai peneman dan penyokong amatlah dihargai.
Sama-samalah kita berusaha untuk jadi sahabat yang terbaik. Mungkin pada mata sahabat kita, kita bukanlah yang terbaik tapi alangkah baiknya jika kita dapat bagi khidmat terbaik sebagai seorang sahabat. Kita mungkin akan ditanya oleh Allah apa jasa kita pada sahabat. Mencuba untuk jadi teman yang terbaik boleh bianggap sebagai jasa kita pada mereka. Kesimpulannya cubalah jadi sahabat yang terbaik.
Kata-kata ini daripada seorang insan bergelar sahabat. Dalam bersahabat terkadang kita diuji dengan kesabaran dan pengorbanan sehingga satu masa kita terduduk menangis...tapi aturan Allah sangat hebat, mana mungkin kita boleh hidup seorang diri tanpa sahabat disisi. Indahnya UKHUWAH andainya kita menghargai dan menyayangi sahabat sebagaimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Andainya kita tahu dan faham apa itu ukhuwah dan betapa kita memerlukannya pasti kita menjadi hambanya yang bersyukur setiap detik dan sudah tentu kita tidak mengabaikan nikmat dalam jagaNya.

Wednesday, August 25, 2010

friends..

To a special friend.....
From the time that we are born... People come and go each day. Yet, there are those who are so special. They are in our lives to stay. And you my friend are such a one for, when you came passing by. It’s certain that the sun shine much brighter in the sky.
You’re always understanding- always kind and true. And I feel so very blessed to have a friend like you. I really hope these words will somehow let you know, the extent of the gratitude, that I often fail to show. I know that our friendship will throughout the years endure for, you are a friend in millions and i couldn’t ask for more...thank u, Allah because You give me such kind friends...
One day, my friend showed me these words when I read them and felt that it such a very wonderful words so I dedicate these words to all my friends. Love you all and miss u more than words.

Saturday, August 21, 2010

doa kita sbg hamba...

Allah s.w.t tidak sekali-kali membiarkan hamba-hamba-Nya. Dia memberi perlindungan dan penjagaan tanpa diminta, tanpa diusahakan, tanpa diharapkan dan tanpa dihajatkan. Apakah ketika di dalam perut ibu sahaja Allah s.w.t memberikan kebaikan kepada kita dan menyekatnya apabila kita meluncur keluar kepada alam dunia ini? Tidak, bahkan nikmat kebaikan Allah s.w.t berjalan terus, cuma bezanya ketika di dalam perut ibu kita menerima tanpa kesedaran dan tanpa pengetahuan.....
Best kan kata-kata ni??? Allah sayang sangat kat kita, kita je kadang-kadang terlupa untuk berterima kasih atas kasih saying tersebut.... perasan tak?? Kita hidup atas bumi hari ini semuanya atas kasih sayang Ilahi..... Suatu hari, terdengar teman saya kata, kita berdoa bukan untuk mendapatkan semua yang kita mahu tapi berdoa adalah tanda kita sebagaai insan yang lemah, hidup bergantung padaNya, kita perlu kasih sayangNya dan sebagainya. Mulanya memang tak faham kata-kata nie tapi cuba kita fikir Allah Maha Mengetahui segalanya tak kiralah tersirat ataupun tersirat, jadi apa yang kita nak mesti Dia tahu so tak payah mintak la kan?? Tapi kita masih juga minta melalui doa kita setiap hari. Sebab tu doa dikatakan tanda kita lemah....... Berdoalah dengan penuh kesyahduaan, rasa rendah diri, dengan penuh hina dan kita kena yakin dengan janji-janjiNya... sesetengah orang cakap kita berdoa ibarat seorang pengemis yang sedang meminta-minta belas kasihan, cara kita menadah tangan sama dengan cara pengemis kan?? Saya rasa kita adalah pengemis cinta Ilahi......
Sebelum tutup tirai coretan kali ni, saya nak kongsi kata-kata dari seorang sahabat yang sangat mulia. Dia mengajar banyak perkara termasuk erti kehidupan dalam Islam. Kita lahir sebagai Islam tak semestinya kita tahu semua pasal Islam.....kata isteri Rasulullah s.a.w, Aisyah r.a, seseorang itu akan jadi bodoh pada hari dia berkata bahawa dia tahu segalanya. Renung- renunglah...
Kata-katanya: “hidup adalah perjuangan yang takkan pernah berakhir. Semakin jauh kaki melangkah semakin banyak dugaan menghimpit. Hanya dengan ketabahan hati dan kekuatan iman, segala kesulitah mampu dileraikandan akhirya sinar damai akan menyimbah hati mereka yang redha menerima ketentuan ILAHI.....Ya Allah kiranya kami kecewa pada hari ini dengan masalah-masalah yang membebani kami, Engkau kuatkanlah jiwa kami untuk menghadapinya kerana mungkin esok Engkau telah menyediakan sebuah kebahagian untuk kami sebagai hadiah ketabahan kami pada hari ini.....”
p/s: maaf masih tak dapat nak post tentang perhubugan lelaki dan perempuan..... maaf sangat-sangat....

Friday, August 20, 2010

couple....best ke??

Dah beberapa hari tak post apa-apa kat blog....rindu rasanya nak mencoretkan sesuatu. Nama blog saya “all about life” kan? Termenung seketika apabila ditanya sahabat kenapa saudari memilih nama ini..... umm mungkin banyak pasal kehidupan saya yang saya nak coretkan....sepanjang tempoh saya tidak ‘berblogging’, saya agak sibuk dengan kehidupan seharian. sambil- sambil itu ada jugak terfikir nak post apa untuk tatapan sahabat. Okey...rasanya kali ini saya nak mengutarakan pendapat tentang “couple”. Nak tahu tak?? Setiap kali berborak dengan teman seperjuangan, soalan yang hampir wajib ditanya adalah “dah ade ke?” dah masuk bab couple nie mesti la korang faham kan ada apa. Kejap2 rase macam x nak formal la....susah...ok....bab couple nie kan susah sikit nak citer sebab dah jadi trend la. Ada cerita yang pernah saya dengar, hari nie clash esok dah couple balik tapi dengan orang lain la kan....ya Allah, betapa murahnya nilai cinta dan diri seorang muslimah.... post kali nie adalah peringatan untuk diri saya dan juga teman sekalian.... bagi yang tak pernah couple jangan anggap perkara nie remeh sebab anda mungkin akan mengalaminya suatu hari nanti.... pernah tanya tak kat orang couple, best ke couple???? Sesetengah remaja yang dah couple akan cakap “best la sebab ade orang syg kita, org care psal kita, bg hadiah, dengar masalah, call tanya khabar, msj dah mkn ke belum, msj dah masuk toilet ke belum......”, ada orang akan cakap “tak best pun saje je main-main, best mainkan perasaan orang”, ada yang cakap “saya tak nak couple tapi dia ajak so takkan nak tolak lagipun nak tunggu orang masuk meminang lambat” dan macam-macam lagi gelagat orang couple. Saya hanyalah insan biasa yang mncoretkan peringatan untuk diri sendiri dan orang lain jadi sesiapa yang baca blog nie, elakkan cakap “macam la dia baik sangat”, “eleh tak kena dia lagi sebab tue banyak cakap” dan sebagainya. Setahu saya “couple” tak baik. Banyak penyakit sosial yang akan berlaku apabila couple berleluasa. Ramai yang buang anak luar nikah, bunuh diri, jadi pelacur, lari dari rumah dan sebagainya.
Apa pendapat sahabat semua tentang couple cara Islam??? Ntah la, setelah apa yang saya baca sepanjang ini tak wujud pun couple cara Islam. Ramai teman bila ditanya “korang couple?”, mereka akan cakap “couple tapi couple cara Islam, tak pe”. Diam seketika setelah mendengar perkataan “tak pe”, betul ke kata-kata mereka?? Pergaulan lelaki dan perempuan dalam Islam ada batas-batasnya. Islam adakan semua ini bukan nak suruh kita ketinggalan zaman sebab tak couple tapi semuanya demi menjaga martabat wanita. Lain kali kita bercerita lagi tentang adab pergaulan wanita dan lelaki dan sebab- sebab yang membolehkan seseorang wanita berhubung dengan lelaki.

Tuesday, August 17, 2010

diamond...

Diriku diuji lagi hari ini.......sedikit kata-kata buat renungan...
Pernah dengar tak kata-kata yang berbunyi, seorang muslim dilahirkan ke dunia diibaratkan sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan cahaya. Dulu seorang pensyarah pernah bercerita tentang kata-kata ini. Katanya Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik bagi kata-kata ini. Permata, siapa tak kenal permata tapi adakah semua permata yang dicipta oleh Allah di dunia ini disegani?? Rasulullah s.a.w sebelum dilantik menjadi pesuruhNya hanyalah permata biasa tetapi setelah dilantik dan “digilap”, ya Allah semua orang mengenali baginda. Kenapa perkataan digilap diletak dalam “....”??? pernah tak anda melihat ibu mengilap perhiasan di rumah untuk menyerlahkan kecantikannya?? Kita diibarat permata tetapi kita bukanlah digilap seperti seseorang mengilap perhiasan untuk dilihat kecantikannya. Kita digilap oleh Yang Maha Pencipta dengan perbagai alatan tau..”kiwi kasut”, “mr. muscle ” dan sebagainya.( banyak sangat alatan nak mengilap so cakap sikit je la...mesti korang kenal kn??). Bahan untuk mengilap sesuatu perhiasan diibaratkan seperti semua dugaan yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Sehari menjalani kehidupan sebagai hamba Allah, kita diuji dengan kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, kadang-kadang dengan kehilangan. Sesetengah orang menganggap bahawa setiap ujian adalah santapan rohani, begitu jugalah dengan saya. Rasulullah dikatakan sebagai sebutir permata yang begitu berharga dan memancarkan cahaya kerana baginda s.a.w. diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan, kehilangan ibubapa, kehidupan yang serba sederhana, diejek, serta pelbagai dugaan yang telah baginda lalui untuk menyampaikan ajaran Allah s.w.t. Marilah kita renung sebentar, betapa besarnya pengorbanan Rasulullah untuk membawa Islam di mata dunia pada hari ini. Adakah kita mensyukurinya? Berbalik kepada topik kita, sedarkah kita dugaan yang kita lalui pada hari ini tidaklah seberat dugaan yang dilalui oleh kekasih Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w.?
Kenapa kegembiraan dikatakan sebagai ujian dari Allah? Persoalan ini telah saya ajukan kepada beberapa orang sahabat dan jawapan mereka hampir sama. Ada sesetengah menanyakannya kembali, “betul ke happy pun ujian?”. Kata teman-teman saya, Allah nak tengok samada kita sebagai hambaNya adakah kita bersyukur dengan pemberianNya. Kesimpulannya, semua yang kita lalui di dunia ini adalah ujian dan ingatlah untuk bersyukur setiap hari. Jangan mengeluh dengan apa yang kita ada. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat semua.

Sunday, August 15, 2010

sedikit cerita.....

Salam pertemuan buat semua sahabat.....post kali ini tentang “berkat membaca Basmallah”. Rasanya ramai yang sudah mendengar kisah ini tapi sebagai peringatan dan sebagai perkongsian buat yang belum pernah mendengarnya. Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap serta memulakan sesuatu pekerjaan. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, “asyik Bismillah.Bismillah. sekejap-sekejap Bismillah”.
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberi hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: “suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “simpan duit ini.’ Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat,di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belang rumah mereka.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “berikan padaku wang yang aku beri pada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dimana dia telah menyimpan duit tersebut dan diikuti oleh suaminya. Dngan berhati-hati dia menghampiri tempat tersebut, dia membuka dengan membaca, Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu Allah s.w.t menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit itu. Kemudian dia mengembalikan beg tersebut kepada suaminya. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku kesalahan kepada isterinya. Ketika itu jugalah dia bertaubatdan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga mula mengamalkan bacaan Bismillah apabila ingin memulakan apa-apa pekerjaan.
Lihatlah betapa Allah menjaga namaNya....barang siapa yang memulakan pekerjaan dengan menyebut Bismillah, maka malaikat akan mengiringi segala kerjanya...oleh itu, marilah sahabat kita mulakan segala pekerjaan kita dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.....sesungguhnya kita hanyalah insan biasa ciptaan Yang Maha Agung jadi apa salahnya kita mengucapkan syukur kita padaNya dengan melatih lidah kita sentiasa menyebut nama-namaNya.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga para sahabat sekalian...itu sajalah coretan pena saya pada kali ini....sehingga kita bertemu lagi pada coretan akan datang.......

Friday, August 13, 2010

ujian dari "kekasih"....

terasa berat dgn ujian ini tapi inilah tanda kita disayangi olehNya....
semalam ada seorg hamba Allah msuk class economics, bercerita tntang kehidupan di bumi Gaza.....ya Allah rasa sangat beruntung dpt hidup di bumi Malaysia yg aman nie....thank u Allah....
diuji baru sedikit dah mengeluh, ape la awk nie.....(berbicara pd diri)....
pernah terbayang x hidup tanpa teman disisi....sedih kan....saya sedang mengalaminya, bukan la x de tapi semakin menghilangkan diri....ya Allah perit nyerr rse tapi we have to learn how to be independent. Seorang insan bergelar sahabat pernah menceritakan padaku tentang budak palestin yang dahaga kasih seorang sahabat tapi apakan daya, dia hanyalah insan biasa yang tidak mampu melawan takdir.....Allah lebih menyayangi sahabatnya walaubagaimanapun.....saban hari dia menunggu untuk menemui seorang hamba Allah yang sudi digelar sahabat. Mana hamba Allah itu????
see.... he is still waiting.....same like me, i'm still waiting for a person who i can call her friend.....
layakkah diri ini untuk digelar sahabat, jika tdk tahu menilai erti sebuah persahabatan....
buat insan yang tlh menemui sahabat...hargailah ia....mungkin suatu hari nanti tanpa kita sedari sebuah persahabatan yang dianggap begitu berharga hilang sekelip mata.....
Rasulullah s.a.w pernah mempunyai sahabat2 yg begitu tinggi budi pekertinya.....
so.....berkawanlah dgn insan yang menjual minyak wangi jika kita mahu diri dihidu bau wangi itu.....
wah, panjang nyerrr post kali nie....
that's all from me.....=)
with love to all readers....

Wednesday, August 11, 2010

ummm...anything..

dah lps satu hari umat Islam kat Malaysia menyambut ramadhan......agak meriah tapi sedikit terkilan bcoz x dpt pose ngn family!!!ok je pose kat bumi nilai nie...this is my 2nd time fasting here so i x rse pelik mcm first time dulu.....
life here teach me a lot...b4 this i x pernah dok kat hostel pon now can manage myself here....
rse cam nk post bnyk tp ngantuk laaaa.....
buat insan yg bergelar teman......
wOnderFul peopLe arE cAREfully CreAted by God.....
wonDerfUl momentS aRe caRefully pLanneD by Allah &
a WOndErful friend likE u IS cAREfully cHOOsen by Allah fOr mE......
thank u coz sudi jadi kwn i!!!
hope to see u soon...... luv u all!!!!

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan

ok....hari nie sy mula create blog....my friend help me!!!!!!
just want to wish to all my friends, happy ramadhan!!!!!!!(especially buat kak tim!!!)
kak asiah pon yea!!! x lupe jgk wt family, adk2 usrah, n naqibah!!!
rse gembira dpt smbut ramadhan utk kali ini!!!!
thank u, Allah!!!!