Tuesday, August 17, 2010

diamond...

Diriku diuji lagi hari ini.......sedikit kata-kata buat renungan...
Pernah dengar tak kata-kata yang berbunyi, seorang muslim dilahirkan ke dunia diibaratkan sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan cahaya. Dulu seorang pensyarah pernah bercerita tentang kata-kata ini. Katanya Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik bagi kata-kata ini. Permata, siapa tak kenal permata tapi adakah semua permata yang dicipta oleh Allah di dunia ini disegani?? Rasulullah s.a.w sebelum dilantik menjadi pesuruhNya hanyalah permata biasa tetapi setelah dilantik dan “digilap”, ya Allah semua orang mengenali baginda. Kenapa perkataan digilap diletak dalam “....”??? pernah tak anda melihat ibu mengilap perhiasan di rumah untuk menyerlahkan kecantikannya?? Kita diibarat permata tetapi kita bukanlah digilap seperti seseorang mengilap perhiasan untuk dilihat kecantikannya. Kita digilap oleh Yang Maha Pencipta dengan perbagai alatan tau..”kiwi kasut”, “mr. muscle ” dan sebagainya.( banyak sangat alatan nak mengilap so cakap sikit je la...mesti korang kenal kn??). Bahan untuk mengilap sesuatu perhiasan diibaratkan seperti semua dugaan yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Sehari menjalani kehidupan sebagai hamba Allah, kita diuji dengan kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, kadang-kadang dengan kehilangan. Sesetengah orang menganggap bahawa setiap ujian adalah santapan rohani, begitu jugalah dengan saya. Rasulullah dikatakan sebagai sebutir permata yang begitu berharga dan memancarkan cahaya kerana baginda s.a.w. diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan, kehilangan ibubapa, kehidupan yang serba sederhana, diejek, serta pelbagai dugaan yang telah baginda lalui untuk menyampaikan ajaran Allah s.w.t. Marilah kita renung sebentar, betapa besarnya pengorbanan Rasulullah untuk membawa Islam di mata dunia pada hari ini. Adakah kita mensyukurinya? Berbalik kepada topik kita, sedarkah kita dugaan yang kita lalui pada hari ini tidaklah seberat dugaan yang dilalui oleh kekasih Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w.?
Kenapa kegembiraan dikatakan sebagai ujian dari Allah? Persoalan ini telah saya ajukan kepada beberapa orang sahabat dan jawapan mereka hampir sama. Ada sesetengah menanyakannya kembali, “betul ke happy pun ujian?”. Kata teman-teman saya, Allah nak tengok samada kita sebagai hambaNya adakah kita bersyukur dengan pemberianNya. Kesimpulannya, semua yang kita lalui di dunia ini adalah ujian dan ingatlah untuk bersyukur setiap hari. Jangan mengeluh dengan apa yang kita ada. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat semua.

No comments:

Post a Comment