Saturday, August 28, 2010

ukhuwah

Salam sejahtera untuk semua....
Dah lama tak post apa-apa kat blog....kebelakangan ini sibuk sangat...semester nie dah nak habis tapi kerja banyak sangat......dalam kesibukan harian, diri ini masih tidak terlepas daripada diuji. Macam-macam masalah. Itulah lumrah kehidupan. Entah kenapa kebelakangan ini persahabatan saya kerap kali diuji. Mungkin Allah nak ajar saya macam mana hidup berdikari. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya berselisih pendapat dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, sepanjang ujian ini hati saya masih boleh meletakkan kesalahan kepada diri sendiri. insyaAllah, saya sedang berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik. Tahu tak kenapa sahabat diperlukan dalam kehidupan ini? Pada pendapat saya sahabat diperlukan kerana:-
@ Kita hidup untuk saling ingat mengingati. Sahabat adalah insan terbaik yang mampu memperingatkan kita tentang apa yang kita lupa.
@ Sebagai teman berkongsi masalah.
@ Sebagai penasihat peribadi. Andaikan kalau kita ada masalah yang agak rumit pada siapa kita minta pendapat selain parents.
@ Teman di masa gembira. Mesti kita nak share kebahagian kita dengan kawan kita apabila berjauhan dengan family, betul tak?? Takkan nak share dgn org yg tak kenal.
@ Sahabat juga diperlukan untuk kita menjayakan sesuatu misi, contohnya kita nak berdakwah. Seorang diri kita mungkin tak kuat jadi shabat sebagai peneman dan penyokong amatlah dihargai.
Sama-samalah kita berusaha untuk jadi sahabat yang terbaik. Mungkin pada mata sahabat kita, kita bukanlah yang terbaik tapi alangkah baiknya jika kita dapat bagi khidmat terbaik sebagai seorang sahabat. Kita mungkin akan ditanya oleh Allah apa jasa kita pada sahabat. Mencuba untuk jadi teman yang terbaik boleh bianggap sebagai jasa kita pada mereka. Kesimpulannya cubalah jadi sahabat yang terbaik.
Kata-kata ini daripada seorang insan bergelar sahabat. Dalam bersahabat terkadang kita diuji dengan kesabaran dan pengorbanan sehingga satu masa kita terduduk menangis...tapi aturan Allah sangat hebat, mana mungkin kita boleh hidup seorang diri tanpa sahabat disisi. Indahnya UKHUWAH andainya kita menghargai dan menyayangi sahabat sebagaimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Andainya kita tahu dan faham apa itu ukhuwah dan betapa kita memerlukannya pasti kita menjadi hambanya yang bersyukur setiap detik dan sudah tentu kita tidak mengabaikan nikmat dalam jagaNya.

No comments:

Post a Comment