Allah s.w.t tidak sekali-kali membiarkan hamba-hamba-Nya. Dia memberi perlindungan dan penjagaan tanpa diminta, tanpa diusahakan, tanpa diharapkan dan tanpa dihajatkan. Apakah ketika di dalam perut ibu sahaja Allah s.w.t memberikan kebaikan kepada kita dan menyekatnya apabila kita meluncur keluar kepada alam dunia ini? Tidak, bahkan nikmat kebaikan Allah s.w.t berjalan terus, cuma bezanya ketika di dalam perut ibu kita menerima tanpa kesedaran dan tanpa pengetahuan.....
Best kan kata-kata ni??? Allah sayang sangat kat kita, kita je kadang-kadang terlupa untuk berterima kasih atas kasih saying tersebut.... perasan tak?? Kita hidup atas bumi hari ini semuanya atas kasih sayang Ilahi..... Suatu hari, terdengar teman saya kata, kita berdoa bukan untuk mendapatkan semua yang kita mahu tapi berdoa adalah tanda kita sebagaai insan yang lemah, hidup bergantung padaNya, kita perlu kasih sayangNya dan sebagainya. Mulanya memang tak faham kata-kata nie tapi cuba kita fikir Allah Maha Mengetahui segalanya tak kiralah tersirat ataupun tersirat, jadi apa yang kita nak mesti Dia tahu so tak payah mintak la kan?? Tapi kita masih juga minta melalui doa kita setiap hari. Sebab tu doa dikatakan tanda kita lemah....... Berdoalah dengan penuh kesyahduaan, rasa rendah diri, dengan penuh hina dan kita kena yakin dengan janji-janjiNya... sesetengah orang cakap kita berdoa ibarat seorang pengemis yang sedang meminta-minta belas kasihan, cara kita menadah tangan sama dengan cara pengemis kan?? Saya rasa kita adalah pengemis cinta Ilahi......
Sebelum tutup tirai coretan kali ni, saya nak kongsi kata-kata dari seorang sahabat yang sangat mulia. Dia mengajar banyak perkara termasuk erti kehidupan dalam Islam. Kita lahir sebagai Islam tak semestinya kita tahu semua pasal Islam.....kata isteri Rasulullah s.a.w, Aisyah r.a, seseorang itu akan jadi bodoh pada hari dia berkata bahawa dia tahu segalanya. Renung- renunglah...
Kata-katanya: “hidup adalah perjuangan yang takkan pernah berakhir. Semakin jauh kaki melangkah semakin banyak dugaan menghimpit. Hanya dengan ketabahan hati dan kekuatan iman, segala kesulitah mampu dileraikandan akhirya sinar damai akan menyimbah hati mereka yang redha menerima ketentuan ILAHI.....Ya Allah kiranya kami kecewa pada hari ini dengan masalah-masalah yang membebani kami, Engkau kuatkanlah jiwa kami untuk menghadapinya kerana mungkin esok Engkau telah menyediakan sebuah kebahagian untuk kami sebagai hadiah ketabahan kami pada hari ini.....”
p/s: maaf masih tak dapat nak post tentang perhubugan lelaki dan perempuan..... maaf sangat-sangat....
No comments:
Post a Comment