Sunday, August 15, 2010

sedikit cerita.....

Salam pertemuan buat semua sahabat.....post kali ini tentang “berkat membaca Basmallah”. Rasanya ramai yang sudah mendengar kisah ini tapi sebagai peringatan dan sebagai perkongsian buat yang belum pernah mendengarnya. Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap serta memulakan sesuatu pekerjaan. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, “asyik Bismillah.Bismillah. sekejap-sekejap Bismillah”.
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberi hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: “suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “simpan duit ini.’ Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat,di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belang rumah mereka.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “berikan padaku wang yang aku beri pada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dimana dia telah menyimpan duit tersebut dan diikuti oleh suaminya. Dngan berhati-hati dia menghampiri tempat tersebut, dia membuka dengan membaca, Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu Allah s.w.t menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit itu. Kemudian dia mengembalikan beg tersebut kepada suaminya. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku kesalahan kepada isterinya. Ketika itu jugalah dia bertaubatdan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga mula mengamalkan bacaan Bismillah apabila ingin memulakan apa-apa pekerjaan.
Lihatlah betapa Allah menjaga namaNya....barang siapa yang memulakan pekerjaan dengan menyebut Bismillah, maka malaikat akan mengiringi segala kerjanya...oleh itu, marilah sahabat kita mulakan segala pekerjaan kita dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.....sesungguhnya kita hanyalah insan biasa ciptaan Yang Maha Agung jadi apa salahnya kita mengucapkan syukur kita padaNya dengan melatih lidah kita sentiasa menyebut nama-namaNya.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga para sahabat sekalian...itu sajalah coretan pena saya pada kali ini....sehingga kita bertemu lagi pada coretan akan datang.......

No comments:

Post a Comment