Sunday, November 28, 2010

eh...cantik ke???????


Wah! Post kali nie nk cerita pasal kecantikan......haish dah masuk bab cantik nie kan obsess betul la... semua perempuan secara normalnya sangat suka akan kecantikan.....sape x suka cantik?? Semua suka kan....Even bilik kita pun kita suka tengok kemas so itu tandanya kita suka akan kecantikan. Suatu hari saya ke Raudhah Festival yang dianjurkan oleh pihak university, saya tertarik akan sebuah buku yang menceritakan tentang kecantikan...front page dia....alamak x ingat la apa tapi kisah isteri Rasulullah s.a.w iaitu saidatina Aisyah....best sangat buku tue!! All is about spiritual beauty....skrg baru tahu sebenarnya kecantikan itu bermula dari kecantikan dalaman...
Pernah suatu ketika, seorang teman bertanya, “awak rasa saya nie cantik tak?” nak tergelak pun ada. Ada jugak soalan macam tu. Secara jujurnya saya mengatakan “of course la mana ada ciptaan Allah yang tak cantik, betul tak?” 
  •       Wanita yang baik, lemah-lembut, dan sopan percakapan....adalah seorang wanita yang cantik.....cuba bayangkan kalau kita jumpa seorang wanita bercakap kasar,angkuh dan percakapannya yang tak elok, agaknya kita cakap tak, “cantiknya dia!” ???
  •       Perempuan yang menghormati orang lain itu dikatakan cantik, pada pandangan awak betul tak?? Mesti la betul kan?? Kita pergi kemana-mana sekalipun kalau ternampak perempuan yang tunduk sopan dan menghormati orang lain secara automatiknya kita akan cakap “wah sopan betul akak cantik nie....”. Kalau kat jalan raya, seorang  pemandu perempuan katakana memotong laju ataupun langgar lampu isyarat apa agaknya reaksi kita?? “pompuan nie.... @#$%&*+!@##$” ntah ape yang kita cakap...
  •        Gadis yang berilmu itu dikatakan cantik....wah boleh jadi menantu.......dah pandai semua. Betulkan mana-mana makcik akan cakap macam tue kalau jumpa gadis yang pandai...Pandai kat sini bukan tahu pengetahuan am je...tahu semua perkara....
  •        Wanita yang taat akan suami juga dikatakan cantik menawan....queen control cantik ke?? X kan?? 
  •      Perempuan yang menjaga kebersihan adalah cantik....of course la cantik mana ada orang kemas bersih tak cantik. (cik wangi i sangat cantik!!!!!!!!!)
  •      Perempuan yang cepat matang itu cantik rupanya.....Saidatina Aisyah cantik sebab dia cepat matang so pada yang x matang lagi belajarlah mematangkan diri....perempuan yang bersifat keanak-anakkan belum tentu cantik walaupun mereka disukai kaum lelaki.....ingat tau....
  •   Wanita yang tahu menghargai masa itu adalah menawan....mereka tahu membahagi masa mereka dengan sempurna. Bila masa untuk Allah, bila untuk belajar, bila untuk family dan sebagainya.....bila dah bahagi masa dengan betul tak de yang stress dan orang yang tak stress nie tak cepat tua dan cantik tau....
  •       Dalam banyak-banyak perempuan, mereka yang baik hati juga dikatakan cantik....macam mane baik hati tue ye??? Bagi saya baik hati tu universal....tolong orang, suka menderma dan sebagainya...nak cakap semua panjang....jadi untuk saya dan teman-teman baikkanlah hati anda untuk kelihatan menawan.... 
 hahahahahaha.......ntah ape2 post kali nie.....tapi ini je yang dapat saya ringkaskan dari sebuah buku.....

2 comments:

  1. Ok Poohgurl.. post ini sgt menarik. Saya suka =)

    ReplyDelete
  2. ok Atirah..sye mencube je.....thanks coz read my blog.....miss u!!!!

    ReplyDelete