Thursday, January 13, 2011

la tahzan....

Hari ini agak membosankan, banyak je kerja yang kena siapkan tapi....ntah malas.....biasa la student nie dia ada rasa rajin dan malas, itu normal tapi yang peliknya peratusan malas lebih tinggi dari rajin!!! walaupun hari ini bosan, saya telah "menyelongkar" banyak laman sesawang. Untuk mencari sesuatu yang bermanfaat untuk diri, banyak yang diperolehi tanpa disangka-sangka. kebanyakkannya saya kongsi di laman sosial "facebook". sampaikan ada teman kata,"u sedar tak, dah banyak kat wall u....", selambanya menjawab "sedar". banyak ilmu yang dapat hari ini jadi bila tak kongsi rasa bersalah pulak bila kita saja yang tahu. mungkin ada yang sudah mengetahuinya, mungkin ada yang kali pertama mendengar tentangnya. ilmu itu sebagai peringatan buat yang sudah sedia maklum, dan buat yang belum anggaplah itu suatu ilmu yang baru dan ambil jika anda rasa berguna. Salah satu entry kali ini nak bercerita janganlah bersedih....mukaddimah bukan main panjang...hahaha...ada seorang kawan yang agak rapat dengan saya. nak kata dia sedih,tak de la menangis atau bermuka masam sentiasa. tapi perasaan dia tu yang dikatakan sedih....saya faham kenapa dia sedih sebab saya juga ditempat dia. Hari nie bila ternampak article "usahlah bersedih", agak tertarik disebabkan penulisan dia kot....tambahan sudah ketandusan idea untuk memujuk kawan untuk tidak bersedih atas apa yang berlaku....duhai teman, usahlah dikau bersedih hanya kerana dirimu ditakdirkan begitu tapi bersedihlah memikirkan apa yang akan berlaku pada sekalian umat jika masih terus dibelengu dengan pelbagai masalah sosial.....
Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.
01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
02.Jangan Bersedih... Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas
04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
05.Jangan Bersedih... Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
07.Jangan Bersedih... Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
08.Jangan Bersedih... Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
09.Jangan Bersedih... Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi
don't be sad...=) 


2 comments:

  1. naj tq... post ni best la.. ana tgh tcarik2 topik ni sbnrnye..
    kamsamamida!!
    ~ moga kite sume beroleh kebahagiaan..
    sedih tu senarnye x salah.. Allah nk suh kite ingat kt Die tu jeee an.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks read my blog....=)
    semoga kita beroleh kebahagian dunia dan akhirat.amin.....
    ummm sedih tue salah tapi berpada-pada dan ingatlah aturan Allah itu hebat. ingatlah Allah selalu x kira sedih ke gembira ke....

    ReplyDelete