hari nie saya baca buku "remaja" milik salah seorang teman saya. macam-macam yang saya dapat tahu, kalu anda baca pasti teruja dengan ilmu baru yang diperolehi secara tak sengaja. Ada bahagian yang menceritakan tentang kampus. yang menarik perhatian saya adalah persoalan "adakah hanya buku, pendrive, dan alat tulis sahaja yang pelu dibawa ke kampus?" Dalam majalah tu, ada bagi senarai barang yang perlu kita bawa ke kuliah, antaranya adalah tisu. sebenar, tisu ni amat penting bagi saya sendiri kerana tangan saya asyik berpeluh. kalau kene buat presentation tu makin banyak saya pegang tisu, tak tahu kenapa.....perangai kot. Ana selalu pesan, "don't forget your tissue.....". hehehe. asyik kena pesan je. bukan lupa tapi kalau kelam-kabut tue, selipar pon boleh terpakai untuk ke kelas. Tisu ni sebenarnya banyak kegunaannya, kadang-kadang tue sesuatu yang kamu sendiri tak jangka. Contohnya, air tertumpah atas meja, terluka tapi lupa bawak pembalut atau mungkin nak lap lebihan mekap. betul tak???? Orang perempuan kan memang
cerewet. semua nak sempurna, untuk senangkan kerja bawa tisu ke mana-mana, bukan hanya ke kelas. biasanya tandas di kapus tiada menyediakan tisu tandas, jadi kamu masih boleh mengantikan tisu tandas dengan tisu poket kamu. tak salah kan?? untuk membawa tisu ke kuliah, agak susah bagi sesiapa yang tak mempunyai bekalan tisu. Apa salahnya kalau beli dua paket tisu apabila anda keluar untuk membeli barang keperluan. Tisu adalah salah satu barang wajib apabila saya membeli barang keperluan...cuba bandingkan harga jika anda membeli setiap hari satu paket kecil berbanding satu paket besar (yg ada 10 paket kecil). Duit jimat, masa pun tak membazir. trust me....Habis membincangkan bab tisu.....kita masuk barang kedua iaitu hand sanitizer. benda ni agak penting bagi semua orang bukan sahaja pelajar tau.....sejak pelbagai wabak melanda negara, hand sanitizer adalah salah satu cara mengekalkan kebersihan diri. bila tangan kita bersih, kuman pun sikit. saya dengan kawan-kawan sentiasa bawa hand sanitizer ke mana-mana. kalau nak salam dengan pensyarah, kami pastikan tangan bersih dulu baru salam(kadang-kadang sampai terlepas pensyarah). sempat je kejar pensyarah tu.
Dulu hand sanitizer ni sangat tidak dititikberatkan, sampai ada pensyarah cakap, "saya lebih selesa kalu pelajar saya melatih diri menggunakan hand sanitizer,....". Banyak sangat pensyarah tu pesan dan bercerita akibat kalau tidak menjaga kebersihan diri. jadi, tak salah kalau anda membelanjakan sedikit dari duit perbelanjaan hari untuk kegunaan selama hampir sebulan. Hand sanitizer ni bukannya kena beli setiap hari, sekali beli boleh guna hampir tiga minggu. Jenama apa yang digunakan, itu tak penting. Yang penting dapat melindungi kamu dari kuman dan bakteria. betul tak??? Mungkin ada yang mengatakan, "nak buat apa hand sanitizer??? toilet ada, basuh je tangan kat situ...." tapi sedarkah anda??? Tidak semua tempat yang kita kunjungi ada tandas, dan tandasnya bersih serta
cukup kelegkapan (sabun). jadi ada baiknya kalau hand sanitizer sentiasa ada dalam beg kita. bukannya berat pun. buku besar-besar boleh je bawa, hand sanitizer yang kecil nak tumapang takkan tak boleh???? =)
hah!!! takkan la benda nie pun kena bawa jugak???? memang kena pun...sebagai langkah berjaga-jaga. Bukannya berat pun....boleh je letak kat poket beg. Malang tidak berbau! itu yang selalu kita dengarkan???
Bukan nak doakan untuk jadi perkara buruk tapi sediakan payung sebelum hujan itu adalah baik. Anda mungkin akan terlanggar bucu meja, atau kaki anda melecet akibat kasut baru yang ketat, pembalut luka nie berguna pada saat itu. Anda mungkin memandang rendah padanya ketika anda tidak perlu perkhidmatannya. Bila perlu tercari-cari!!! Daripada bertanyakan kawan yang belum pasti mempunyai pembalit luka, ada baiknya anda membawanya sendiri. anda juga berkemungkinan untuk membantu kawan yang memerlukannya. Anda menolong orang, pasti anda akan ditolong apabile anda kesempitan. Tolong-menolong adalah amalan yang amat digalakkan oleh agama. Barang seterusnya adalah body spray. Dek kerana panas matahari dan perjalanan dari hostel ke kuliah, kamu memerlukan sesuatu yang boleh menyegarkan kembali
diri anda. bila singgah kat kafeteria, anda mungkin berbau makanan. body spray boleh menolong menyelesaikan masalah ni. jangan pula bawa body spray yang kuat baunya. jangan beli botol besar, memadailah botol kecil yang senang dibawa keman-mana. Perasaan tidak selesa akan timbul apabila badan dah berbau, kan?? Bukan kita saja yang tak selesa, kawan kita disekeliling pun tak selesa. Mereka mungkin tidak khabarkan anda tentang ketidak selesaan itu. Cuba bayangkan anda di tempat mereka, apa agaknya anda rasa???? Bau pelik akan tercipta bila anda memakai body spray semasa anda sedang berpeluh. Cuba elakkan....pergi ke tandas lap sedikit kemudian semburkan body spray..... Ramai orang tak suka membawa body spray, termasuklah saya. jadi, saya akan belajar....
Ini adalah barang kelima yang saya baca. Wow, rupanya penting!!!! kamu tak dapat menduga alat penyaman udara dalam dewan kuliah. Sejam mungkin kamu mampu bertahan, kalau kuliah berterusan sehingga tiga jam??? mengigil kot. jadi bawa kardigan bersama. Ini boleh membantu melancarkan konsentrasi anda di dalam dewan kuliah. Kalau mengigil je, macam mana nak fokus??? Bagi perempuan, kejadian yang tak disangka mungkin akan berlaku. Anda boleh menggunakan kardigan untuk menutupnya. Tak de la nak malu sangat.....agak susah jugak nak praktikkan satu nie...tapi nanti saya cuba sesuaikan diri. Bukan apa, kadang-kadang kelam kabut nak kejar pensyarah, tertinggal!!!
No comments:
Post a Comment